Monday, July 1, 2013

LAPORAN POST MORTEM SARINGAN 1 LINUS 2013

Semua GB SK, SJKC dan SJKT
Daerah Hulu Perak,

Tuan/Puan,

Laporan tersebut perlu dihantar sebelum atau pada 30 Jun 2013 seperti yang telah ditaklimatkan kepada semua Guru Numerasi pada Kursus Kelestarian Numerasi di Hotel Seri Malaysia, Ipoh yang lalu. Semua sekolah kecuali SK RKT Bersia (tiada wakil) telah dimaklumkan berkaitan penyediaan  laporan serta tarikh penghantaran laporan tersebut. Bagaimanapun setakat jam 8.15 pagi 1 Julai 2013 hanya 13 sekolah sahaja yang telah menghantar laporan tersebut. Sehubungan dengan itu, surat memohon penjelasan akan diedarkan kepada semua sekolah yang masih belum menghantar laporan tersebut. Pihak tuan/puan perlu memastikan laporan tersebut dihantar selewat-lewatnya dalam tempoh tujuh (7) hari selepas surat itu diterima. Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai.
Berikut ialah senarai sekolah-sekolah yang belum menghantar hardcopy laporan tersebut:
  1. SK AYER PANAS
  2. SK SUMPITAN
  3. SK TEMELONG
  4. SK CHEPOR
  5. SK BANGGOL BELIMBING 
  6. SK BENG
  7. SK MAHKOTA SARI
Sila hantar laporan tersebut dalam tempoh tujuh (7) hari.

1 comment:

  1. salam, saya wakil dari sk kenayat. saya sudah menghantar laporan excel JPN ke tamazira@gmail.com pada khamis 16 may 2013. email succesfully send

    ReplyDelete