Friday, April 13, 2012

KEMASUKAN DATA SARINGAN 1, 4 DAN SARINGAN KHAS LINUS 2012

Makluman kepada semua Penyelaras LINUS SK, SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak:
Tarikh pengumpulan data di Portal NKRA ialah pada 16 April 2012 hingga 27 April 2012.
Buat masa ini, portal tersebut belum dibuka untuk proses kemasukan data saringan LINUS.

Sehubungan dengan itu, semua Penyelaras LINUS sekolah perlu peka dengan membuka portal tersebut dari semasa ke semasa bagi memastikan data dapat dimasukkan dalam tempoh yang telah ditetapkan. Sila semak data tersebut dengan guru-guru Literasi dan Numerasi supaya data yang dimasukkan betul dan tepat. Dipohon supaya Guru Besar juga menyemak data yang dimasukkan ke dalam portal tersebut. Pihak PPD Hulu Perak akan mengadakan taklimat pengumpulan dan verifikasi data tersebut pada 23 April 2012.
Surat panggilan taklimat telah diedarkan pada 3 April 2012 yang lalu. Diharap semua Penyelaras LINUS dapat memberikan perhatian dan kerjasama yang baik dalam preoses pengumpulan data ini. Sila hubungi FasiLINUS sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan perkara ini.

No comments:

Post a Comment