Tuesday, April 10, 2012

PENGUMPULAN DATA SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 3

Makluman kepada semua Penyelaras LINUS SK, SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak:

Data Saringan Khas Tahun 3 perlu dimasukkan ke dalam Portal NKRA pada 16 April 2012 hingga 27 April 2012. Buat masa ini, portal tersebut belum dibuka untuk tujuan kemasukan data. Semua sekolah perlu menyemak portal tersebut dari semasa ke semasa untuk mengetahui tarikh sebenar data boleh dimasukkan.

Sehubungan dengan itu, pihak FasiLINUS PPD Hulu Perak mengambil inisiatif untuk memudahkan semua guru dan penyelaras LINUS sekolah memasukkan data saringan khas tersebut dengan menyediakan satu platform pengisian data melalui Excel (ikhsan daripada PPD Kulim-Bandar Baharu). Aplikasi ini lebih mudah untuk menentukan murid yang menguasai dalam literasi atau numerasi tanpa perlu memeningkan kepala guru untuk menentukan kategori murid terbabit. Pengisian data dalam aplikasi ini amat digalakkan kepada semua guru LINUS di Daerah Hulu Perak. Bukan berniat untuk memaksa guru-guru membuat kerja dua kali tetapi untuk memudahkan semua dalam membuat rumusan penguasaan murid dalam literasi dan numerasi dengan lebih efisien dan mudah.

Justeru itu, semua penyelaras LINUS perlu memuat turun aplikasi tersebut pada pautan di bawah:

APLIKASI PENGUMPULAN DATA SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 3

Sila baca manual yang dilampirkan dan dipohon supaya menggunakan khidmat Guru Data / Guru yang mahir Excel dalam menggunakan aplikasi ini. Jika ada sebarang kemusykilan dan pertanyaan, janganlah segan-segan untuk menghubungi FasiLINUS-FasiLINUS yang memang bersedia untuk membantu guru-guru sekalian.

No comments:

Post a Comment