Friday, April 20, 2012

KEMASUKAN DATA SARINGAN KHAS LINUS TAHUN 3

Makluman kepada semua Penyelaras LINUS Sk, SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak,

Kemasukan data saringan khas LINUS Tahun 3 perlu menggunakan sistem SAPS. Oleh itu, dipohon supaya semua penyelaras LINUS mengambil tindakan mengisi data pencapaian murid Tahun 3 Literasi dan Numerasi ke dalam portal tersebut dengan segera. Walau bagaimanapun terdapat beberapa masalah yang menjadi kekangan kepada prose kemasukan data ke dalam portal SAPS tersebut.
Berikut adalah masalah dan cara penyelesaian yang boleh dilakukan untuk memudahakan penyelaras LINUS sekolah memasukkan data:

1. Masalah server jammed akibat terlalu ramai pengguna menggunakan portal SAPS - penyelaras LINUS perlu mencari waktu yang sesuai untuk mengisi data; contohnya pada awal pagi atau larut malam.

2. Tidak boleh mengisi data - hanya akaun guru yang didaftarkan mengajar subjek BM dan Matematik Tahun 3 sahaja yang boleh mengisi data (penyelaras LINUS boleh memaklumkan kepada guru-guru berkenaan untuk mengisi data)

Pihak JPN mengarahkan semua sekolah supaya dapat mengisi data pada tempoh yang telah ditetapkan. Jangan tunggu sehingga last minute bagi mengelakkan sebarang masalah yang tidak dijangka seperti data tidak dapat dimasukkan selepas tarikh tutup dan sebagainya.

Diharapkan semoga semua sekolah mengambil tindakan yang sewajarnya agar semua data dapat dimasukkan dengan sempurna menjelang tarikh tutup pada 27 April 2012 nanti.

Sebarang masalah sila berhubung dengan FasiLINUS.


Surat siaran kemasukan data boleh dimuat turun pada pautan di bawah:




No comments:

Post a Comment