KELAS PEMULIHAN LINUS
TIAP FAJAR HENING PAGI
LANGKAHMU DERAS KE BILIK ITU
ITULAH TEMPAT TERLETAKNYA ,LEMAH BACA TULIS KIRA
ITULAH TEMPATNYA, UMPAT SENDA GURU PERDANA
KERNA …..TEMPAT ITULAH DIRIMU DIPUJA.
HENING PAGI..ADA SAJA BANYAK BICARA
SIFAT MURID BUKAN SEDIKIT
BAKAT MURID KAU ULIT,MINAT MURID KAU BELIT
DALAM DIAM LINUS TEGAR BERANSUR SEDIKIT
GURU PERDANA MENGGAMIT, RIANG …DALAM HATI ADA RASA
SAKIT
TAKUT KALAU YANG DIGAMIT, TERASA PERIT
BERSABARLAH……BANGUNLAH…. GURU LINUS
BANYAK LAGI LORONG SEMPIT DI HADAPAN MU
KAU MESTI TAHU SETIAP LORONG LALUAN SEPI ITU
KAU PASTI TEROKAI DENAI APA HALANGAN MEREKA
KERANA SETIAP LORONG ITU AKAN BERTEMU DI JALAN
UTAMA
MEREKA JUA ADA HAK..HAK SEBAGAI INSAN
PERTUANAN BANGSA AKAN ROSAK JIKA DIA DIABAIKAN
HARI INI ANAK DIA..MUNGKIN ESOK LUSA…ANAK KITA
JIKALAU HARI INI…KITA SEMUA SEPAKAT
SUDAH PASTI ESOK KITA AKAN BERLAGU NADA TERHEBAT.
SEBUAH LAGU ITU YANG BERASAL DARI ….SEBUAH TEMPAT.
Nukilan:
Kamarulzaman b Samsudin
Fasilinus Literasi PPD Hulu
Perak.
No comments:
Post a Comment