Thursday, October 20, 2011

KAEDAH PENGAJARAN NUMERASI

Berikut adalah kaedah yang dicadangkan oleh Profesor Emeritus Dato' Dr Isahak Haron untuk pengajaran asas numerasi:

1. Gunakan benda maujud untuk memperkenalkan nombor contohnya jari, guli, bola dan lain-lain.

2. Langkah seterusnya gunakan gambar dan nombor yang mewakili bilangan dalam gambar. Contohnya dalam gambar ada 3 bola, maka nombor 3 perlu ditunjukkan di bawah gambar. Pastikan gambar yang digunakan biasa dilihat dan disentuh oleh murid.

3. Setelah murid kenal, faham dan boleh menulis nombor baharulah diperkenalkan simbol nombor. Contohnya jika ditunjukkan gambar 4 buah kereta maka murid boleh menulis nombor 4. Langkah seterusnya baharulah boleh diperkenalkan simbol operasi tambah dan tolak.

4. Langkah terakhir ialah aplikasi dan latihan berdasarkan konsep yang diajar. Jika mengajar tambah maka perlu dipastikan murid berupaya mengaplikasikan konsep penambahan dalam kehidupan seharian. Contoh yang paling mudah ialah menggunakan wang syiling atau wang kertas kerana murid setiap hari didedahkan dengan penggunaan wang untuk membeli makanan di kantin.


Kesimpulannya, dalam pengajaran asas numerasi langkah-langkah yang terlibat ialah:

a). Guna benda maujud

b). Guna gambar yang biasa dilihat dan disentuh oleh murid.

c). Guna simbol.

d). Aplikasi dan latihan

Tambahan : 

1. Guru perlu memeriksa latihan murid dengan segera untuk memastikan pembetulan dapat dibuat dengan pantas.

2. Guru perlu mendiagnos kelemahan murid supaya 'ubat' yang betul dapat diberikan dengan kadar segera.

3. Pastikan soalan latihan yang sesuai diberikan kepada murid supaya dapat membina keyakinan murid dalam menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru.

4. Sediakan lembaran kerja bukan murid perlu menyalin soalan daripada papan tulis kerana faktor masa dan bilangan soalan yang lebih banyak dapat diberikan.

5. P&P dilakukan ikut kesesuaian dan tahap penerimaan murid dan tidak tertakluk kepada sukatan pelajaran semata-mata (ikut logik dan kreativiti guru).

***Kenyataan di atas merupakan pandangan peribadi beliau dan boleh dijadikan panduan dalam P&P.

No comments:

Post a Comment