Persidangan tersebut telah diadakan pada 5 hingga 7 Disember 2011 yang lalu bertempat di Hotel Royale Bintang Kuala Lumpur. Daerah Hulu Perak diwakili oleh En Mohamad Nazri Bin Ishak (wakil FasiLINUS) dan Cik Siti Hasniza Binti Hussain - SK RPS Dala (wakil guru LINUS). Seramai 233 orang peserta daripada seluruh negara telah menyertai persidangan tersebut yang terdiri daripada guru-guru LINUS, FAsiLINUS, pegawai PPD, JPN dan wakil-wakil bahagian KPM.
Objektif-objektif persidangan adalah seperti berikut:
- Mendapatkan gambaran sebenar tentang pelaksanaan LINUS di peringkat sekolah dari pengamal pelaksanaan LINUS supaya program ini bertepatan dengan situasi setempat.
- Berkongsi rahsia amalan terbaik dalam pengajaran dan pembelajaran untuk literasi dan numerasi khususnya untuk murid-murid yang masih lemah.
- Mewujudkan satu komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan FasiLINUS dan Guru-guru LINUS serta Guru Pemulihan supaya prestasi murid yang menguasai literasi dan numerasi dapat dicapai.
7 sesi pembentangan telah dijalankan termasuk 6 kertas kerja amalan terbaik P&P dibentangkan.
Tajuk-tajuk pembentangan kertas kerja tersebut ialah:
i. Pencapaian Terkini LINUS oleh Dr. Noorliza BInti Hj Zakuan (Ketua Pejabat Pengurusan Pelaksanaan -DMO)
ii. Pembentangan Pertama : Pembelajaran Murid LINUS Menuntut Transformasi Pengajaran Guru oleh En. Ishak Bin Arif (Pen. Pengarah JNJK)
iii. Pembentangan Kedua : Pendekatan Stesen Litar Dalam Mengatasi Masalah Numerasi oleh Cik Normalili Binti Idris (FasiLINUS PPD Kota Tinggi)
iv. Pembentangan Ketiga : Taman Tema Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Numerasi oleh Pn. Rosmaini BInti Segar (FasiLINUS PPD Kota Belud)
v. Pembentangan Keempat : Proses Perubahan Tingkah Laku Dalam Pengajaran dan Pembelajaran LINUS oleh Pn. Hjh. Rosni Binti Hj. Abdullah (Guru Cemerlang Pemulihan Khas Sk Anak-Anak Angkatan Tentera, Alor Setar)
vi. Pembentangan Kelima : Satu Pendekatan Dinamik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Asas Literasi Bahasa Melayu - eBaTu oleh Pn. Rosmimah Binti Embi (Guru Besar SK (L) Bukit Bintang)
vii. Pembentangan Keenam : Inovasi Dalam P&P - Penggunaan Bahan Kitar Semula dalam Literasi dan Numerasi oleh En. Muhamad Shahlyme Bin Abd Wahid (Guru Pemulihan Khas SK Yam Tuan Lenggang , Negeri Sembilan
Majlis perasmian persidangan disempurnakan oleh Y. Bhg. Dato' Ibrahim Bin Mohamad, Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM. Persidangan diserikan lagi dengan Jamua Makan Malam Bersama Y. Bhg. Dato' Seri Abdul Ghafar Bin Mahmud, Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia pada malam kedua persidangan berkenaan. Pada kesempatan ini juga sambutan hari lahir Y. Bhg. Dato, KPPM juga diraikan bersama semua peserta persidangan. Majlis penutupan persidangan pula disempurnakan oleh Y. Bhg. Dr. Hj. Zahri BIn Aziz, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Operasi Pendidikan). Walaupun akan bersara pada 13 Disember 2012, namun ucapan yang beliau lontarkan amat bernas dan bersemangat.
Rumusan-rumusan persidangan dibacakan oleh En. Mohd Zanal Bin Dirin, Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Kurikulum KPM yang menggariskan perkara-perkara berikut:
- Menjadi Persidangan LINUS sebagai acara tahunan bukan saja pada peringkat kebangsaan tetapi pada peringkat antarabangsa.
- Mewujudkan komuniti pembelajaran semua yang terlibat dalam LINUS supaya amalan terbaik dapat dikongsi bersama oleh pelaksana-pelaksana LINUS dari peringkat KPM, JPN, PPD dan sekolah.
- Mengkaji semula isu-isu berkaitan dengan perkhidmatan FasiLINUS dan Guru Pemulihan.
- Mendokumentasikan amalan terbaik dalam bentuk buku supaya amalan dapat diadaptasi dan diaplikasi di setiap sekolah.
Bahan-bahan pembentangan Persidangan LINUS Kebangsaan 2011 boleh dimuat turun seperti di bawah:
PENCAPAIAN TERKINI LINUS 2011
BAHAN PEMBENTANGAN JNJK
BAHAN PEMBENTANGAN SISTEM LITAR NUMERASI
BAHAN PEMBENTANGAN TAMAN TEMA NUMERASI
BAHAN PEMBENTANGAN SISTEM TOKEN
BAHAN PEMBENTANGAN e-BaTu
BAHAN PEMBENTANGAN KITAR SEMULA
Diharapkan bahan-bahan ini dapat membantu Guru-guru LINUS di Daerah Hulu Perak. Sekiranya guru-guru inginkan bahan yang lebih lengkap sila berhubung dengan FasiLINUS.
PENCAPAIAN TERKINI LINUS 2011
BAHAN PEMBENTANGAN JNJK
BAHAN PEMBENTANGAN SISTEM LITAR NUMERASI
BAHAN PEMBENTANGAN TAMAN TEMA NUMERASI
BAHAN PEMBENTANGAN SISTEM TOKEN
BAHAN PEMBENTANGAN e-BaTu
BAHAN PEMBENTANGAN KITAR SEMULA
Diharapkan bahan-bahan ini dapat membantu Guru-guru LINUS di Daerah Hulu Perak. Sekiranya guru-guru inginkan bahan yang lebih lengkap sila berhubung dengan FasiLINUS.
No comments:
Post a Comment