Tuesday, April 14, 2015

TAPAK PELAPORAN DATA LINUS JPN PERAK

Guru Besar SK/SJKC/SJKT
Daerah Hulu Perak,

Tuan,

TAPAK PELAPORAN DATA LINUS JPN PERAK

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Tapak berkenaan boleh dimuat turun pada pautan berikut:


3. Sehubungan dengan itu, dipohon supaya tuan memastikan Penyelaras LINUS sekolah untuk melengkapkan tapak data tesebut dan menyerahkan kepada Pegawai FasiLINUS melalui email tamazira@gmail.com sebelum atau pada 30 April 2015. Penyelaras LINUS juga digalakkan untuk  menyerahkan soft copy tapak berkenaan semasa bengkel kerja verifikasi data yang akan dijalankan pada 24, 27 dan 28 April 2015.

4. Pengalaman lepas menunjukkan terdapat sekolah yang tidak menghantar data dengan lengkap dan tepat. Oleh itu, dipohon supaya Guru Besar untuk menyemak tapak data berkenaan sebelum diemailkan kepada Pegawai FasiLINUS. Data yang lengkap dan tepat dapat membantu FasiLINUS untuk membuat verifikasi data saringan 1 2015 di peringkat negeri Perak.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK
PEGAWAI FASILINUS
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU PERAK

No comments:

Post a Comment