Tuesday, April 14, 2015

PENGISIAN DATA SARINGAN 1 LINUS2.0 2015 DI PORTAL NKRA

Guru Besar SK/SJKC/SJKT
Daerah Hulu Perak

Tuan,

PENGISIAN DATA SARINGAN 1 LINUS2.0 2015 DI PORTAL NKRA

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Pengisian Data Saringan 1 LINUS2.0 2015 di Portal NKRA untuk Literasi BM, Literasi BI dan Numerasi Tahun 1 hingga 3 perlu dilaksanakan oleh Penyelaras LINUS sekolah pada 20.4.2015 hingga 30.4.2015.

3. Sehubungan dengan itu, tuan dipohon untuk menyemak dan mengesahkan data saringan LINUS sekolah tuan sebelum dimasukkan ke dalam Portal NKRA oleh Penyelaras LINUS sekolah. Pihak tuan juga dipinta untuk mengesahkan cetakan data yang telah dicetak daripada Portal NKRA tersebut untuk proses penyimpanan dalam fail data saringan LINUS. Sila pastikan juga Borang Pelaporan Pencapaian Individu (BPPI) untuk setiap murid Tahun 1 hingga 3 bagi LBM, LBI dan Numerasi dilengkapkan serta disahkan oleh guru yang mengajar kelas tersebut.

4. Borang BPPI juga perlu disimpan oleh pihak sekolah dan boleh diakses dengan mudah jika diminta oleh pemantau. Pengalaman pemantauan oleh pihak Lembaga Peperiksaan dan JNJK mendapati BPPI sukar diperolehi daripada pihak sekolah. BPPI juga didapati tidak diisi dengan lengkap. Oleh yang demikian, Guru Besar perlu memastikan semua guru Tahap 1 menyimpan BPPI selama 3 tahun sebelum dilupuskan untuk tujuan pemantauan dan verifikasi oleh pihak KPM/JNJK/JPN/PPD.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK
PEGAWAI FASILINUS NUMERASI
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU PERAK

No comments:

Post a Comment