Monday, February 9, 2015

PROGRAM MENTOR MENTEE LINUS2.0

Guru Besar SK, SJKC dan SJKT
Daerah Hulu Perak

Tuan,


PROGRAM MENTOR MENTEE LINUS2.0 2015

Perkara di atas adalah dirujuk.


2.   Program Mentor Mentee merupakan satu program yang amat baik dalam membantu murid untuk menguasai kandungan PdP yang diajar oleh guru. Program ini bukan sahaja dapat membantu murid menguasai pelajaran yang diajar malah dapat mendekatkan murid kepada guru lantas segala permasalahan murid akan dapat dikenalpasti.

3.   Sehubungan dengan itu, semua sekolah digalakkan untuk menggerakkan Jawatan Kuasa LINUS sekolah untuk merancang Program Mentor Mentee terhadap murid yang belum menguasai asas Literasi Bahasa Malaysia, Literasi Bahasa Inggeris dan Numerasi. Kerjasama semua guru adalah diperlukan untuk menjadi mentor kepada murid yang belum menguasai asas literasi dan numerasi.

4.   Bahan-bahan berkaitan program tersebut boleh dimuat turun pada pautan berikut :


5.  Segala pertanyaan sila berhubung dengan Pegawai FasiLINUS yang menyelia sekolah tuan.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapkan terima kasih.


"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK
PEGAWAI FASILINUS NUMERASI
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU PERAK

No comments:

Post a Comment