Monday, February 23, 2015

PEMERIKSAAN LINUS PUSINGAN KEDUA OLEH JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI (JNJK) KE DAERAH HULU PERAK

Guru Besar SK/SJKC dan SJKT
Daerah Hulu Perak,

Tuan,

PEMERIKSAAN LINUS PUSINGAN KEDUA OLEH JEMAAH NAZIR DAN JAMINAN KUALITI (JNJK) KE DAERAH HULU PERAK

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Pemeriksaan tersebut akan diadakan pada 22 hingga 27 Mac 2015 di Daerah Hulu Perak.

3.  Sehubungan dengan itu, dipohon supaya pihak tuan mengemaskini semua fail pengurusan LINUS2.0 di sekolah tuan dan bersedia untuk diperiksa sepanjang tarikh tersebut.

4.  Jadual pemeriksaan tidak dimaklumkan kepada pihak PPD Hulu Perak. Pegawai FasiLINUS juga tidak dilibatkan dalam pemeriksaan pada kali ini. Oleh itu, dipohon supaya semua sekolah bersedia untuk dilawati oleh pihak JNJK.

5.  Berikut disenaraikan objektif pemeriksaan JNJK pada tahun 2015 :
    
  • Mengesan sejauh mana pihak pentadbir sekolah mengurus pelaksanaan program LINUS2.0
  • Menilai proses PdP matapelajaran BM dan Matematik murid Tidak Menguasai dan Murid Baru Menguasai di Tahun 4.
  • Menilai sejauh mana guru dapat melaksanakan proses PdP Literasi BI kelas Tahun 1/Tahun 2/Tahun 3.
  • Melihat status pencapaian murid Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6 bagi Bahasa Malaysia dan Matematik dan juga murid Tahun 2 dan Tahun 3 yang telah melepasi saringan bagi Literasi Bahasa Inggeris.
  • Mengesan peranan dan fungsi Pegawai FasiLINUS di PPD dalam membimbing guru dan membantu meningkatkan pencapaian Murid Tidak Menguasai.
Kerjasama daripada pihak tuan amat diharapkan dalam menjayakan pemeriksaan oleh JNJK ini.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK
PEGAWAI FASILINUS NUMERASI
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU PERAK

No comments:

Post a Comment