Friday, May 2, 2014

BENGKEL VERIFIKASI DATA SARINGAN 1 LINUS2.0 UNTUK LITERASI BM, LITERASI BI DAN NUMERASI DAERAH HULU PERAK 2014

Semua Guru Besar
SK, SJKC dan SJKT

Tuan,

BENGKEL VERIFIKASI DATA SARINGAN 1 LINUS2.0 UNTUK LITERASI BM, LITERASI BI DAN NUMERASI DAERAH HULU PERAK 2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2.         Sukacita dimaklumkan bahawa bengkel ini akan diadakan seperti ketetapan berikut:

TARIKH : 12 MEI 2014
TEMPAT : DEWAN SERI BESTARI PPD HULU PERAK
MASA
ZON
08:00 pg – 10:00 pg
Gerik Utara
10:30 pg – 12:30 tgh
Gerik Selatan
2:00 ptg – 5:00 ptg
Lenggong dan Pengkalan Hulu






          


3.         Sehubungan dengan itu, tuan diminta membenarkan Penyelaras LINUS sekolah untuk HADIR ke bengkel tersebut bagi membuat verifikasi data saringan LINUS2.0 untuk sekolah tuan. Sila arahkan pegawai berkenaan untuk meninggalkan tugasan kepada murid-murid sepanjang ketiadaan beliau di sekolah.

4.         Agenda bengkel adalah seperti berikut:
            4.1       Aluan Pengerusi
            4.2       Bengkel verifikasi dan semakan data saringan LINUS2.0 setiap sekolah
            4.3       Hal-hal lain

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

''BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK
FASILINUS NUMERASI PPD HULU PERAK

No comments:

Post a Comment