Tuesday, April 15, 2014

PENGEDARAN INSTRUMEN BERTULIS SARINGAN LBM, LBI DAN NUMERASI SARINGAN 1 LINUS2.0 DAERAH HULU PERAK

Guru Besar SK, SJKC dan SJKT
Daerah Hulu Perak,

PENGEDARAN INSTRUMEN SARINGAN BERTULIS LBM, LBI DAN NUMERASI SARINGAN 1 LINUS2.0 DAERAH HULU PERAK

Dengan hormatnya perkara diatas adalah dirujuk.

2.   Sehubungan dengan itu pengedaran instrumen tersebut akan diadakan pada ketetapan berikut:
       Tarikh   : 16 - 18 April 2014 (Rabu hingga Jumaat)
       Masa    : 2:00 petang hingga 5:00 petang
      Tempat : Bilik FasiLINUS PPD Hulu Perak

3.  Justeru itu, pihak tuan dipohon supaya membenarkan Penyelaras LINUS atau wakil untuk hadir dan mengambil instrumen berkenaan pada masa yang telah ditetapkan.

4.  Segala kesulitan sila berhubung dengan Pegawai FasiLINUS PPD Hulu Perak.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapakan ribuan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK
Pegawai FasiLINUS Numerasi
PPD Hulu Perak

No comments:

Post a Comment