Wednesday, January 15, 2014

PENGEDARAN MODUL LINUS2.0 LITERASI BAHASA INGGERIS DAN NUMERASI UNTUK SEKOLAH-SEKOLAH RENDAH DAERAH HULU PERAK 2014

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Makluman kepada Tuan/Puan Guru Besar
Sekolah-sekolah Rendah Daerah Hulu Perak

Tuan/Puan,

Berikut ialah butiran berkaitan dengan pengedaran modul berkenaan:

Tarikh pengedaran  : 20 hingga 24 Januari 2014

Masa pengedaran    : 2.00 petang hingga 5.00 petang

Tempat pengedaran  : Unit Pengurusan Akademik, PPD Hulu Perak

Sehubungan dengan itu, tuan/puan dipohon untuk mengarahkan Penyelaras LINUS sekolah atau wakil (Guru LINUS) untuk hadir dalam tempoh tersebut untuk mendapatkan modul berkenaan bagi sekolah tuan/puan.

Kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk memastikan kelancaran pengagihan Modul LINUS2.0 ini amat kami hargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Segala kesulitan, sila berhubung dengan Pegawai FasiLINUS yang menyelia sekolah tuan/puan.

Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment