Monday, September 2, 2013

KETIDAKHADIRAN PENYELARAS LINUS KE TAKLIMAT PENTADBIRAN SARINGAN 2 LINUS DAERAH HULU PERAK

Makluman kepada Guru Besar sekolah-sekolah berikut:
Guru Besar SK Kuak Luar,
Guru Besar SK Ayer Panas,
Guru Besar SK Kenayat,
Guru Besar SK RPS Dala,

Tuan,
Berdasarkan senarai kehadiran taklimat tersebut, didapati Penyelaras LINUS atau WAKIL sekolah tuan TIDAK HADIR ke taklimat itu.
Sehubungan dengan itu, dipohon supaya tuan mengarahkan Penyelaras LINUS tersebut hadir ke PPD Hulu Perak dengan kadar segera untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan pentadbiran saringan 2 LINUS yang telah pun bermula pada 2 September 2013.
Kegagalan Penyelaras LINUS sekolah tuan untuk hadir dalam tempoh 7 hari dari makluman ini akan menyebabkan pihak tuan diminta untuk mengemukakan surat penjelasan kepada pihak PPD Hulu Perak.
Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.
Segala masalah dan kesulitan sila berhubung dengan Pegawai FasiLINUS.
Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment