Wednesday, June 19, 2013

KURSUS DALAMAN MODUL ASAS 3 DAN KELESTARIAN NUMERASI

Semua Guru Besar SK, SJKC dan SJKT
Daerah Hulu Perak

Tuan/Puan,
Kursus dalaman tersebut perlu dijalankan dengan kadar segera kerana untuk mendedahkan guru-guru Matematik Tahun 1 hingga 6 kepada Program LINUS. Selain itu, guru-guru Numerasi yang hadir semasa kursus juga ada yang akan bersalin dan bertukar sekolah. Justeru itu, bagi mengelakkan timbulnya masalah adalah lebih baik kursus dalaman tersebut disegerakan. Maka dengan itu diputuskan bahawa tarikh akhir penghantaran laporan bagi kursus tersebut adalah pada atau sebelum 31 September 2013.
Tempoh kursus juga perlu dibuat bukan sekadar 2 jam atau hanya untuk melepaskan batuk di tangga. Peserta kursus dinasihatkan berbincang dengan GB atau PK Pentadbiran untuk merancang dan menyelaras kursus dalaman tersebut bersesuaian dengan kandungan kursus yang diterima. Jika peserta kursus menghadiri kursus selama 3 hari 2 malam maka kursus yang perlu dibuat sekurang-kurangnya ialah 6 jam. Kursus boleh dijalankan secara fasa atau selama 1 hari pada hari Sabtu (biasanya sekolah akan mengelak untuk buat aktiviti pada hari Sabtu kerana banyak kekangan).
Guru Numerasi boleh memohon bantuan Pegawai FasiLINUS Numerasi untuk mengendalikan kursus tetapi dengan syarat Pegawai FasiLINUS Numerasi diberikan makluman awal. Jika ada kelapangan Pegawai FasiLINUS Numerasi akan membantu sekolah tuan/puan semasa kursus tersebut.
Format laporan kursus dalaman tersebut boleh dimuat turun pada pautan berikut:


Diharap semua sekolah dapat menjalankan kursus dalaman tersebut. Surat memohon penjelasan akan dikeluarkan sekiranya kursus tersebut tidak dijalankan sebelum atau pada 31 September 2013.
Kerjasama daripada semua sekolah amat diharapkan agar program LINUS di Daerah Hulu Perak berjalan lancar dan berjaya.
Segala masalah sila berhubung dengan Pegawai FasiLINUS Numerasi.

No comments:

Post a Comment