Thursday, March 7, 2013

INSTRUMEN SARINGAN LISAN LITERASI DAN NUMERASI TAHUN 1-3

Guru Besar SK, SJKC dan SJKT,
Daerah Hulu Perak.

Tuan/Puan,

Instrumen tersebut boleh diperolehi pada pautan berikut :



Pihak sekolah dikehendaki memuat turun instrumen tersebut dan mencetak dalam 2 salinan untuk dibekalkan kepada guru LINUS dan guru pemulihan khas untuk tujuan saringan lisan. Softcopy instrumen ini juga akan diedarkan kepada semua Penyelaras LINUS semasa taklimat saringan pada 15 Mac 2013 nanti.

Pihak sekolah digalakkan memuat turun instrumen ini kerana tarikh saringan lisan ini akan bermula pada 10 Mac 2013 sehingga 19 April 2013. Ini kerana dikhuatiri berlaku rungutan daripada guru LINUS bahawa pihak PPD lewat memberikan instrumen saringan kerana taklimat hanya dapat dijalankan pada 15 Mac nanti. Justeru itu tindakan awal daripada pihak sekolah dengan memuat turun instrumen ini amat diharapkan dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekiranya terdapat sebarang masalah berkaitan folder instrumen ini, pihak sekolah dipohon supaya menghubungi pihak FasiLINUS yang menyelia sekolah masing-masing.

Kerjasama daripada semua sekolah amat diharapkan.



No comments:

Post a Comment