Tuesday, March 12, 2013

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN PEGAWAI FASILINUS LITERASI BAHASA INGGERIS

Semua Guru Bahasa Inggeris,
Sekolah Rendah Daerah Hulu Perak.

Dimaklumkan bahawa Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak memerlukan 2 orang Pegawai FasiLINUS Bahasa Inggeris untuk menggerakkan Program LINUS 2.0 Literasi Bahasa Inggeris dalam masa terdekat. Oleh itu, pihak PPD Hulu Perak mengalu-alukan guru-guru Bahasa Inggeris di daerah ini yang berminat untuk menjawat jawatan ini.

Syarat-syarat kelayakan bagi jawatan tersebut ialah seperti berikut:

1. Gred DG41

2. Opsyen Bahasa Inggeris

3. Pengalaman mengajar 5 tahun dan ke atas.

4. Berkemahiran dalam membimbing guru-guru BI di sekolah (akan diberi kursus dari semasa ke semasa).

5. Berkemahiran menggunakan perisian Excel, Powerpoint dan Access dengan baik.

6. Boleh bekerja mengikut waktu pejabat.

Guru-guru yang berminat bolehlah menghubungi Pegawai FasiLINUS Literasi atau Numerasi di Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak untuk mendapatkan maklumat lanjut. 
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat diharapkan demi memantapkan penguasaan Bahasa Inggeris murid-murid di Daerah Hulu Perak.

No comments:

Post a Comment