Tuesday, May 22, 2012

PENGISIAN DATA SARINGAN KHAS TAHUN 2 2012

Makluman kepada semua Penyelaras LINUS SK, SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak:

Data Saringan Khas LINUS Tahun 2 boleh diisi di portal SAPS bermula 21 Mei 2012 hingga 1 Jun 2012.
Oleh itu semua Penyelaras LINUS sekolah dipohon supaya mengambil tindakan segera bagi mengelakkan berlakunya kesesakan pada server SAPS. Diingatkan juga supaya dapat melengkapkan proses pengisian data sebelum menjelangnya cuti pertengahan tahun yang akan bermula pada 26 Mei 2012 hingga 10 Jun 2012.
Pihak FasiLINUS tidak akan mengganggu cuti guru-guru melainkan jika terpaksa menghubungi guru-guru LINUS disebabkan kegagalan mengisi data pada portal tersebut. Sila pastikan SU Peperiksaan memngesahkan markah yang telah dimasukkan dalam portal. Kerjasama daripada semua Penyelaras LINUS amatlah diharapkan demi memastikan data saringan khas Tahun 2 Daerah Hulu Perak dapat dikumpul dengan lancar dan sempurna.
Data Excel JPN Perak juga perlu dihantar secepat mungkin tanpa perlu beratngguh lagi. Tahniah kepada sekolah yang telah menghantar data untuk Tahun 3 dan Tahun 2.

No comments:

Post a Comment