Monday, February 13, 2012

SARINGAN 1 (TAHUN 1), SARINGAN 4 (TAHUN 2) DAN SARINGAN KHAS (TAHUN 3)

Makluman kepada Semua GB SK, SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak:
Saringan LINUS akan diadakan mengikut ketetapan berikut:

Saringan 1 (Tahun 1) dan Saringan 4 (Tahun 2)

Lisan : 26 Februari 2012 hingga 30 Mac 2012
Bertulis : 1 April 2012 hingga 6 April 2012


Saringan Khas (Tahun 3) : 1 April 2012 hingga 6 April 2012 - Bertulis sahaja

Perhatian:
  1. Untuk Saringan 1 (Tahun 1), semua MURID TAHUN 1 akan menjalani saringan tersebut.
  2. Untuk Saringan 4 (Tahun 2), hanya MURID LINUS TEGAR dan LINUS sahaja yang perlu disaring. ( sekolah-sekolah yang telah mencapai 100% aliran perdana tidak perlu menjalankan saringan).
  3. Untuk Saringan Khas, SEMUA MURID Tahun 3 2012 akan menjalani saringan tersebut untuk tujuan verifikasi data. Saringan BERTULIS sahaja terlibat dan instrumen akan diedarkan setelah diperolehi daripada pihak LPM.
  4. Semua item saringan lisan dan bertulis dicetak oleh pihak PPD dan akan diedarkan semasa taklimat pentadbiran saringan pada 21 Februari 2012 nanti. (pihak sekolah dinasihati supaya tidak mencetak instrumen saringan kecuali jika bilangan instrumen yang diedarkan oleh pihak PPD tidak mencukupi).
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila kemukakan pertanyaan kepada Pegawai FasiLINUS di Unit Pengurusan Akademik, PPD Hulu Perak.

No comments:

Post a Comment