Friday, August 28, 2015

INSTRUMEN SARINGAN LISAN DAN MEMBACA UNTUK SARINGAN 2 LINUS2.0 2015

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Guru Besar SK, SJKC dan SJKT
Daerah Hulu Perak

Tuan,

INSTRUMEN SARINGAN LISAN DAN MEMBACA UNTUK SARINGAN 2 LINUS2.0 2015

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.     Untuk makluman tuan, pelaksanaan Saringan Lisan dan Membaca untuk LBM, LBI dan Numerasi bagi Saringan 2 LINUS2.0 perlu dijalankan di semua sekolah bermula 1 September 2015 hingga 30 September 2015.

3.    Sehubungan dengan itu, tuan dipohon untuk memastikan Penyelaras LINUS sekolah bagi memuatturun instrumen saringan lisan dan membaca LBM, LBI dan Numerasi pada pautan di bawah.


4.     Segala masalah dan pertanyaan sila berhubung dengan Pegawai FasiLINUS yang menyelia sekolah tuan.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai dan diucapkan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK
PEGAWAI FASILINUS NUMERASI
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU PERAK

No comments:

Post a Comment