Friday, January 30, 2015

REKOD PENCAPAIAN MURID PROGRAM LINUS2.0 UNTUK 3 TAHUN

Semua Guru Besar SK, SJKC dan SJKT
Daerah Hulu Perak,


Tuan,

REKOD PENCAPAIAN MURID PROGRAM LINUS2.0 UNTUK 3 TAHUN

Perkara di atas adalah dirujuk.

2.   Untuk makluman tuan, rekod pencapaian tersebut diperlukan oleh pihak Audit ISO dan SIRIM untuk tujuan audit bagi menilai keberkesanan Program LINUS2.0 yang dijalankan dalam tempoh 3 tahun bermula daripada murid berada di Tahun 1 hingga Tahun 3. Oleh itu, keputusan saringan bagi setiap murid perlu direkodkan dengan sistematik bagi memudahkan urusan audit.

3.   Sehubungan dengan itu, tapak untuk penyediaan rekod berkenaan telah diwujudkan dan pihak tuan boleh memuat turun bahan tersebut pada pautan di bawah untuk diserahkan kepada Penyelaras LINUS sekolah untuk tindakan lanjut.


4.   Penyelaras LINUS dengan kerjasama guru BM, BI dan Matematik Tahap 1 perlu menyediakan laporan pada tapak tersebut untuk murid Tahun 1, 2 dan 3. Data yang telah lengkap perlu disimpan dalam Fail Data LINUS untuk tujuan pemantauan oleh pihak KPM/JNJK/PPD.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai. Segala kemusykilan sila berhubung dengan FasiLINUS yang menyelia sekolah masing-masing.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,

MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK
PEGAWAI FASILINUS NUMERASI
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU PERAK



No comments:

Post a Comment