Sunday, January 25, 2015

PENGEDARAN MODUL LITERASI BAHASA MALAYSIA, BAHASA INGGERIS DAN NUMERASI UNTUK PROGRAM LINUS2.0 DAERAH HULU PERAK 2015

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Semua Guru Besar SK, SJKC dan SJKT,
Daerah Hulu Perak

Tuan,
PENGEDARAN MODUL LITERASI BAHASA MALAYSIA, BAHASA INGGERIS DAN NUMERASI UNTUK PROGRAM LINUS2.0 DAERAH HULU PERAK 2015

Perkara di atas adalah dirujuk.

Sukacita dimaklumkan surat berkaitan perkara tersebut telah diedarkan pada 22 Januari 2015 (Khamis) yang lalu semasa Mesyuarat Jawatan Kuasa Kurikulum Daerah Rendah Bil.1/2015.
Justeru itu, dipohon supaya pihak tuan membenarkan Penyelaras LINUS sekolah atau wakil untuk mengambil modul berkenaan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 22 – 30 Januari 2015 (Khamis hingga Jumaat)

Masa : 3.00 petang – 5:00 petang

Tempat : Blok Unit Pengurusan Akademik, PPD Hulu Perak

Segala kemusykilan dan pertanyaan sila berhubung dengan Pegawai FasiLINUS.

Kerjasama daripada pihak tuan amat dihargai.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

MOHAMAD NAZRI BIN ISHAK
PEGAWAI FASILINUS NUMERASI
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH HULU PERAK

No comments:

Post a Comment