Thursday, May 8, 2014

TAPAK DATA SEKOLAH LINUS2.0 JPN PERAK

Guru Besar SK, SJKC dan SJKT
Daerah Hulu Perak,

Tuan,

PENGISIAN TAPAK DATA JPN PERAK SARINGAN 1 LINUS2.0 SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH HULU PERAK 2014

Dengan sukacitanya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Sehubungan dengan itu, dipohon supaya pihak tuan mengarahkan PENYELARAS LINUS SEKOLAH untuk memuat turun dan mengisi tapak berkenaan. Tapak berkenaan boleh dimuat turun pada pautan berikut:

 
3. Pihak tuan dipinta untuk menyediakan data tersebut selewat-lewatnya 20 Mei 2014. Taklimat berkaitan pengisian data ini akan diadakan pada 12 Mei 2014 iaitu semasa bengkel verifikasi dan pengumpulan data Daerah Hulu Perak.

4. Segala kemusykilan sila berhubung dengan Pegawai FasiLINUS yang menyelia sekolah tuan.

Kerjasama tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurut perintah,
MOHAMAD NAZRI B ISHAK,
PEGAWAI FASILINUS NUMERASI
PPD HULU PERAK

No comments:

Post a Comment