Semua Guru Besar SK, SJKC dan SJKT,
Daerah Hulu Perak
Tuan/Puan,
Dimaklumkan bahawa tarikh pelaksanaan saringan tersebut adalah seperti berikut:
Tarikh Saringan Lisan : 10 Mac hingga 19 April 2013
Masa Saringan : Waktu PdP BM dan Matematik
Kumpulan sasaran : Semua murid Tahun 1 hingga Tahun 3
Sehubungan dengan itu, pihak tuan/puan dipohon supaya memantau pelaksanaan saringan tersebut agar ianya berlaku di sekolah tuan/puan. Ini kerana terdapat segelintir guru LINUS yang melengah-lengahkan proses saringan lisan tersebut.
Bimbingan saringan lisan akan dijalankan oleh pihak FasiLINUS ke sekolah-sekolah tertentu yang dikenalpasti bermasalah dalam menjalankan saringan tersebut. Oleh itu diharapkan semua sekolah bersedia dengan data serta dokumen-dokumen berkaitan dengan saringan semasa lawatan oleh pihak FasiLINUS ke sekolah tuan/puan.
Kerjasama daripada pihak tuan/puan amat dihargai dalam menjayakan program LINUS 2.0 pada tahun 2013 ini.
No comments:
Post a Comment