Tuesday, February 26, 2013

PROGRAM CELIK LINUS SK BASIA LAMA

Syabas dan tahniah diucapkan kepada pihak sekolah SK Basia Lama, Gerik kerana telah berjaya menganjurkan Program Celik LINUS kepada ibubapa murid Tahun 1 pada 26 Februari 2013 (Selasa). Penganjuran program ini selaras dengan kehendak KPM untuk menyebarkan maklumat LINUS di kalangan ibubapa murid Tahap 1 bagi meningkatkan penguasaan asas literasi dan numerasi di kalangan murid-murid. Program ini juga merupakan salah satu fokus utama daripada 6 fokus yang digariskan oleh pihak KPM sebagai tonggak kejayaan program LINUS.

Program Celik LINUS ini dihadiri oleh 30 orang ibubapa termasuk guru-guru Tahap 1 di SK Basia Lama. Taklimat disampaikan oleh Pegawai FasiLINUS Literasi dan Numerasi Pejabat Pelajaran Daerah Hulu Perak. Objektif program ini bertujuan untuk mendedahkan ibubapa tentang program LINUS yang menjadi pelengkap kepada KSSR. Ibubapa yang hadir memberikan perhatian yang serius terhadap kandungan taklimat yang disampaikan. Guru-guru LINUS juga mengambil peluang untuk berkongsi maklumat dan berinteraksi dengan ibubapa tentang penguasaan anak-anak murid di bawah bimbingan mereka. Di samping itu, ibubapa juga dijelaskan tentang prosedur saringan, proses penentuan murid berkeperluan khas dan program intervensi untuk murid yang tidak menguasai literasi dan numerasi.

Diharapkan sekolah-sekolah lain dapat mencontohi program yang telah dijalankan di SK Basia Lama ini. Sekolah-sekolah yang berdekatan boleh menjalankan program ini secara berkelompok. Guru Besar atau Penyelaras LINUS boleh mengadakan perbincangan dengan Pegawai FasiLINUS sekiranya berminat untuk menjalankan program Celik LINUS ini.


















1 comment:

  1. Assalamualaikum w.b.t..Sekolah kami berhasat untuk melaksanakan program Celik LINUS peringkat sekolah.Saya masih mencari-cari bahan yang sesuai untuk digunakan semasa taklimat tersebut. Bolehkah pihak tuan kongsikan dengan kami bahan-bahan softcopy powerpoint (sekiranya ada) bagi taklimat Program Celik LINUS yang telah dilaksanakan ini? Semoga bahan-bahan tersebut dapat membantu kami mencapai objektif dalam memberi kesedaran dan pengetahuan kepada para ibu bapa tentang Program LINUS ini seterusnya meningkatkan pencapaian LINUS sekolah kami. Bantuan daripada pihak tuan amatlah kami hargai dan harap-harapkan. Saya boleh dihubungi melalui email : azie_axy@yahoo.com..Terima Kasih..

    ReplyDelete