Wednesday, January 30, 2013

GURU PEMULIHAN TIDAK BOLEH DILANTIK SEBAGAI PENYELARAS LINUS

Makluman kepada semua GB SK, SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak:

Guru pemulihan khas/LINUS tidak dibenarkan memegang jawatan Penyelaras LINUS bermula pada tahun 2013. Perkara ini telah ditegaskan oleh Ketua Sektor BP Khas KPM iaitu Pn. Hjh. Zaleha Bt Othman semasa lawatan beliau ke Daerah Hulu Perak pada tahun lepas. 

Justeru itu, diharapkan pihak pentadbir semua sekolah di Daerah Hulu Perak dapat mematuhi arahan tersebut. Ini kerana tugas sebagai Penyelaras LINUS dikhuatiri akan membebankan guru pemulihan khas/LINUS dalam membimbing murid LINUS Tegar yang masih ramai di sekolah. Kerjasama semua GB amatlah diharapkan dalam menguruskan perkara ini. 

Segala kesulitan dan kemusykilan sila berhubung dengan FasiLINUS masing-masing.


No comments:

Post a Comment