Tuesday, September 4, 2012

PERSEDIAAN MENGHADAPI SARINGAN 3, 6 DAN 9

Bulan September telah memasuki hari keempat pada hari ini. Guru-guru LINUS umumnya telah mengetahui bahawa detik inilah yang amat dinanti-nantikan kerana Saringan LINUS khususnya Saringan 3 (Tahun 1), Saringan 6 (Tahun 2) dan Saringan 9 (Tahun 3) akan dilaksanakan pada hujung bulan ini. Debaran pastinya terasa adakah KPI 100% murid menguasai literasi dan numerasi di Daerah Hulu Perak akan dapat dicapai dengan jayanya?

     Pastinya saat ini guru-guru LINUS di sekolah-sekolah yang belum mencapai 100% literasi dan numerasi akan sibuk merancang dan melaksanakan pelbagai program bagi memastikan KPI tersebut dicapai. Lebih baik lagi jika seluruh warga sekolah bermula daripada pihak pentadbir hinggalah kepada penjaga kantin menggembeleng tenaga dan idea dalam merealisasikan harapan itu. Semua pihak di sekolah sepatutnya berasa bertanggungjawab demi memastikan murid-murid Tahun 3 yang bakal memasuki Tahap 2 pada tahun 2013 nanti boleh membaca, menulis, mengira dan menaakul dengan baik.


     Tumpuan semua pihak pastinya terarah kepada Daerah Hulu Perak. Satu-satunya daerah di negeri Perak yang belum pernah mencapai KPI yang disasarkan sejak tahun 2010.Bertitik tolak daripada itulah semua guru LINUS, pentadbir, FasiLINUS dan pegawai-pegawai PPD Hulu Perak perlu berusaha sedaya upaya ke arah mencapai KPI yang telah ditetapkan oleh KPM.

Insya Allah ada jalannya...

No comments:

Post a Comment