Monday, July 16, 2012

KURSUS KELESTARIAN LINUS UNTUK GURU YANG TIDAK HADIR PADA 14 JULAI 2012

Makluman kepada Guru Besar sekolah-sekolah berikut:
SK Bekuai,
SK Klian Intan,
SK (FELDA) Lepang Nenering,
SK Gelok,
SK RPS Banun,
SK (FELDA) Lawin Utara,
SJKC Selat Pagar,

Seperti yang tuan/puan telah sedia maklum pihak BPG dengan kerjasama PPD Hulu Perak telah menjalankan Kursus Kelestarian LINUS Daerah Hulu Perak pada 14 Julai 2012, Sabtu yang lalu. Dukacita dimaklumkan guru Literasi atau Numerasi sekolah tuan/puan GAGAL HADIR ke kursus tersebut.

Oleh itu, pihak penganjur telah menetapkan ketetapan berikut untuk ulangan kursus tersebut:
Tarikh : 24 dan 25 Julai 2012 (Selasa dan Rabu)
Masa : 2.00 ptg hingga 5.00 petang
Tempat : PKG Gerik

Diharapkan kerjasama daripada pihak tuan/puan untuk memastikan guru-guru berkenaan HADIR TANPA GAGAL ke kursus tersebut. Surat panggilan kursus telah diedarkan ke sekolah.

No comments:

Post a Comment