Friday, March 30, 2012

TAKLIMAT DAN PENGEDARAN INSTRUMEN SARINGAN KHAS TAHUN 3

Makluman kepada semua GB SK, SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak:

Tarikh Saringan Khas Tahun 3   : 1 April hingga 13 April 2012

Tarikh Pengisian Data di Portal NKRA   : 16 April hingga 27 April 2012

Sehubungan dengan itu semua GB dikehendaki HADIR TANPA GAGAL untuk mengambil instrumen tersebut seperti ketetapan berikut:

Tarikh    : 3 April 2012 Selasa

Tempat  : Dewan Seri Bestari, PPD Hulu Perak

Masa     : 9.00 pagi

Sila bawa bersama cop sekolah (bulat) untuk pengesahan penerimaan instrumen tersebut.

Sila berbincang dengan Penyelaras LINUS sekolah tentang tarikh yang dipilih oleh sekolah untuk mengadakan saringan khas tersebut untuk tujuan penyelarasan dan pemantauan oleh pihak NKRA/KPM/JNJK/JPN dan PPD.

Kegagalan GB untuk hadir akan menyebabkan instrumen tersebut tidak akan diberi kepada sekolah.

Surat panggilan taklimat yang ditandatangani oleh Tuan PPD/Timbalan PPD akan diberikan pada hari taklimat tersebut.

No comments:

Post a Comment