Tuesday, March 13, 2012

PEMANTAUAN JEMAAH NAZIR LINUS KE DAERAH HULU PERAK

Makluman kepada semua GB SK, SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak:

Lawatan pihak JNJK untuk memantau program LINUS di Daerah Hulu Perak akan diadakan pada 25 - 29 Mac 2012. Diharapkan semua sekolah bersedia untuk menerima lawatan pemantauan tersebut.
perkara-perkara yang akan dipantau semasa lawatan tersebut ialah :

1. Pematuhan pekeliling pelaksanaan program LINUS - pemilihan guru opsyen, guru pemulihan LINUS  dan jadual waktu.

2. Pentadbiran Saringan 1 dan 4.

3. Pengurusan fail LINUS- fail utama/induk mesti fail putih.

4. Program dan aktiviti LINUS yang telah dirancang dan dilaksanakan di sekolah.

5. Analisis data LINUS.

6. Pemantauan P&P guru LINUS/Guru Pemulihan Khas (untuk murid LINUS Tegar) - Rancangan     Pengajaran Harian yang lengkap beserta ABM/BBM.

7. TAJA LINUS (Tanya - Jawab LINUS untuk murid aliran perdana)

Semua perkara tersebut telah dimaklumkan oleh pihak FasiLINUS setiap kali lawatan penyeliaan dan bimbingan.
Dipohon supaya semua sekolah memberikan perhatian yang serius terhadap perkara ini kerana pemantauan ini tidak dikhususkan kepada sekolah yang belum mencapai KPI sahaja bahkan sekolah yang telah mencapai 100% pun akan dilawati untuk tujuan verifikasi data.

No comments:

Post a Comment