Monday, July 25, 2011

PENTADBIRAN SARINGAN BERTULIS UNTUK SARINGAN 2 DAN 5

Semua guru LINUS diharapkan dapat mentadbir saringan bertulis dengan sebaik mungkin. Ini kerana peningkatan peratus penguasaan murid aliran perdana di semua sekolah akan membantu meningkatkan peratusan Daerah Hulu Perak. Guru-guru LINUS perlu membimbing murid-murid LINUS untuk memahami setiap konstruk yang disaring. Bimbingan boleh dijalankan secara individu atau kumpulan kecil ( 3 orang ). Guru-guru juga boleh menggunakan semua pendekatan dan idea yang dicetuskan semasa program Gempur LINUS yang dijalankan pada setiap hari Sabtu bulan Julai. Ketelusan dalam mentadbir saringan juga penting bagi memastikan data yang dikumpulkan dapat dianalisis dengan jitu dan tepat.

No comments:

Post a Comment