Friday, May 27, 2011

MESYUARAT POST MORTEM SARINGAN 1 DAN SARINGAN 4 LINUS DAERAH HULU PERAK


Mesyuarat tersebut telah dijalankan pada 26 Mei 2011 pada pukul 8.30 pagi bertempat di Bilik Seminar PPD Hulu Perak. Kehadiran GB adalah seramai 50 orang. Ucap utama mesyuarat disampaikan oleh Penolong PPD Bahasa, Encik Abdul Manan b Mohamad. Beliau menyentuh tentang peningkatan pencapaian peratus LINUS di Daerah Hulu Perak yang semakin baik. Masalah yang dihadapi berkaitan pentadbiran saringan pada tahun 2010 dapat diatasi dengan bimbingan FasiLINUS. Faktor tersebut merupakan faktor yang mempengaruhi peningkatan peratus pada saringan kali ini. Harapan beliau agar peningkatan ini akan berterusan dan KPI Tahun 2011 akan dapat dicapai.
Mesyuarat diteruskan dengan pembentangan data LINUS Saringan 1 dan 4 Daerah Hulu Perak oleh FasiLINUS. Kertas cadangan program Pelan Taktikal-Kesiapsiagaan Menghadapi Saringan 2 dan 5 juga dibentangkan dan mendapat reaksi positif daripada semua GB yang hadir.
Selepas rehat untuk minum pagi, sesi pembentangan oleh 5 orang GB sekolah-sekolah terpilih diadakan. Dalam sesi ini GB membentangkan analisis data sekolah masing-masing dan program yang telah dijalankan untuk meningkatkan peratus pencapaian murid LINUS.
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.00 tengah hari.














Ucapan oleh Penolong PPD Kurikulum (Bahasa), Encik Abdul Manan b Mohamad

















































No comments:

Post a Comment