Tuesday, January 4, 2011

LAPORAN TAKLIMAT LINUS KEPADA IBU BAPA/PENJAGA MURID TAHUN 1 2011

Makluman kepada semua SK, SJKC dan SJKT di Daerah Hulu Perak:
Semua sekolah dipohon supaya mengadakan satu taklimat berkaitan LINUS kepada ibu bapa/ penjaga murid Tahun 1 2011. Pengisian taklimat adalah seperti berikut:
  1. Pelaksanaan LINUS
  2. Saringan - Mac, Jun dan September
  3. Pemulihan LINUS - LINUS biasa dan LINUS TEGAR
  4. Kehadiran murid ke sekolah
  5. Masalah pembelajaran
  6. Rujukan perubatan
Pihak sekolah boleh menjemput FasiLINUS untuk bersama dalam taklimat tersebut tetapi dipohon supaya memaklumkan melalui surat ke PPD seminggu lebih awal. 
Satu laporan berkaitan taklimat beserta gambar hendaklah dihantar kepada FasiLINUS masing-masing selewat-lewatnya Jumaat 21 Januari 2011.

No comments:

Post a Comment