Monday, January 3, 2011

FasiLINUS TURUN SEKOLAH MULAI 10 JANUARI 2011

Mulai 10 Januari 2011 nanti, semua sekolah di Daerah Hulu Perak akan dipantau oleh FasiLINUS yang menyelia sekolah masing-masing. Setiap kali lawatan pemantauan, pihak FasiLINUS akan mengemukakan instrumen yang berlainan megikut bulan pemantauan dijalankan. Oleh itu, diharapkan pihak sekolah dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya semasa lawatan tersebut. Sebarang cadangan atau komen yang dibuat perlu diambil dari sudut yang positif demi kebaikan anak-anak didik di Hulu Perak ini. Tarikh pemantauan mengikut bulan dan sekolah yang bakal dilawati akan dimuat turun dalam sedikit masa lagi. Justeru itu, pihak sekolah dipohon supaya mengambil perhatian terhadap tarikh lawatan tersebut dan menyediakan dokumen yang perlu selengkap mungkin supaya tidak berlaku sebarang masalah sepanjang aktiviti pemantauan dijalankan.

No comments:

Post a Comment