Thursday, December 16, 2010

TAHUN BARU, KPI BARU


Tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya. Kini menjelmalah tahun 2011 yang bakal menyingkap sejarah baru dan episod LINUS yang baru. Lantaran itu kita tinggalkan segala kepahitan data LINUS 2010 yang kurang enak dibicarakan. Pada peringkat PPD Hulu Perak, segala yang tersurat dan tersirat di sebalik data-data tersebut telah dicakna untuk dijadikan panduan dan teladan pada tahun 2011 ini. Justeru pihak sekolah khususnya pentadbir wajar mengkaji semula pelaksanaan LINUS di sekolah masing-masing. Pelbagai perkara perlu dilihat semula dalam konteks pelaksanaan program LINUS ini. Penempatan guru yang sepatutnya untuk BM dan Matematik Tahun 1 dan 2, kolaborasi antara guru subjek dan guru pemulihan khas serta program yang disusun untuk menangani masalah LINUS TEGAR di sekolah adalah perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat sebelum sesi persekolahan bermula. Semoga dengan apa direncanakan, maka KPI untuk Tahun 2 iaitu 95% dan Tahun 1 sebanyak 90% akan tercapai pada akhir tahun 2011 nanti.

No comments:

Post a Comment