Saturday, December 25, 2010

PROSES MENGELUARKAN MURID LINUS TEGAR DARIPADA DATA

Berikut disenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum mengeluarkan murid LINUS tegar daripada data NKRA :

  1. Mengenal pasti murid tersebut menghadapi masalah pembelajaran menggunakan instrumen khas yang boleh didapati daripada guru pemulihan khas.
  2. Setelah dikenalpasti berdasarkan instrumen tersebut, pihak sekolah perlu berbincang dengan ibu bapa / penjaga murid tersebut secara terperinci masalah yang dihadapi oleh anak/jagaan mereka.
  3. Setelah mereka bersetuju dan dapat menerima hasil perbincangan tersebut, pihak sekolah boleh mengeluarkan surat untuk ibu bapa / penjaga tersebut merujuk masalah anak/jagaan mereka kepada pegawai perubatan.
  4. Pegawai perubatan akan menjalankan pemeriksaan berdasarkan laporan daripada pihak sekolah dan sekiranya pegawai tersebut mengesahakan murid terbabit menghadapi masalah kesihatan maka pengesahan akan dibuat dan beberapa dokumen akan dikeluarkan.
  5. Dengan dokumen sokongan inilah maka murid tersebut boleh dikeluarkan daripada data NKRA.
CATATAN : Sekiranya ibu bapa /penjaga tidak mahu bekerjasama dan bertegas bahawa anak mereka tidak mempunyai masalah kesihatan maka surat persetujuan bahawa anak/jagaan mereka perlu diajar dalam kelas murid normal bukan murid bekeperluan khas hendaklah dikeluarkan oleh pihak sekolah dan ditandatangani antara GB dan ibu bapa /penjaga murid terbabit.


 

No comments:

Post a Comment