KONSTRUK

APA MAKSUD PROGRAM LINUS?

Akronim kepada perkataan LI (Literasi), NU (Numerasi) dan S (Screening - Saringan). Jadi maknanya Program Saringan Literasi dan Numerasi.

Program ini dirancang dan dibentuk sebagai penambahbaikan program sedia ada (KIA2M), memastikan semua murid Tahun 1 pada 2010 menguasai asas membaca, menulis dan mengira pada akhir tahun 3 menjelang Tahun 2011.


DEFINISI LITERASI

Keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami perkataan dan ayat serta mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran dan komunikasi harian.


KEMAHIRAN ASAS LITERASI

 TAHUN 1 - Boleh membaca, menulis dan memahami minima 500 patah perkataan dan ayat mudah.


TAHUN 2 - Boleh membaca, menulis dan memahami minima 800 patah perkataan dan ayat mudah menggunakan kata sendi.


TAHUN 3 - Boleh membaca, menulis dan memahami minima 1000 patah perkataan dan ayat mudah dengan kata sendi dalam satu perenggan.




12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN LITERASI

Konstruk 1 : Keupayaan membaca dan menulis huruf vokal dan konsonan.

Konstruk 2 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata terbuka.
Konstruk 3 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata terbuka.

Konstruk 4 : Keupayaan membaca dan menulis suku kata tertutup.

Konstruk 5 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan suku kata tertutup.

Konstruk 6 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi suku kata tertutup 'ng'.

Konstruk 7 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi diftong

Konstruk 8 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang mengandungi vokal berganding.

Konstruk 9 : Keupayaan menulis perkataan yang mengandungi digraf dan konsonan bergabung.

Konstruk 10 : Keupayaan membaca dan menulis perkataan yang berimbuhan awalan dan akhiran.

Konstruk 11 : Keupayaan membaca dan menulis ayat mudah.

Konstruk 12 : Keupayaan membaca, memahami dan menulis ayat berdasarkan bahan rangsangan.
 



DEFINISI NUMERASI

Keupayaan untuk melakukan operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian.



KEMAHIRAN ASAS NUMERASI


TAHUN 1
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 50.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah dan tolak
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 10, memahami masa dan ukuran asas
TAHUN 2
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira turutan nombor hingga 100
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
-Aplikasi : Mengira wang hingga RM 50, memahami waktu dalam jam dan mengukur panjang/pendek objek

TAHUN 3
- Kemahiran : Membaca, menulis dan mengira mengikut turutan nombor hingga 1000.
- Operasi asas : Faham fakta asas tambah, tolak, darab dan bahagi
- Aplikasi : Mengira wang hingga RM 100, memahami waktu dalam jam dan minit serta mengukur objek dalam unit piawai




12 KONSTRUK YANG DIUKUR DALAM SARINGAN NUMERASI

Konstruk 1 : Keupayaan pra nombor dan mengenal angka

Konstruk 2 : Keupayaan membilang

Konstruk 3 : Keupayaan memahami nilai nombor

Konstruk 4 : Keupayaan membuat seriasi

Konstruk 5 : Keupayaan mengenal mata wang Malaysia

Konstruk 6 : Keupayaan menyatakan waktu

Konstruk 7 : Keupayaan mengendalikan operasi asas

Konstruk 8 : Keupayaan mengendalikan operasi asas melibatkan mata wang Malaysia

Konstruk 9 : Keupayaan mengukur panjang objek, jisim objek dan isipadu.

Konstruk 10 : Keupayaan menterjemah ayat biasa kepada ayat matematik dan sebaliknya

Konstruk 11 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian terhad kepada nombor bulat

Konstruk 12 : Keupayaan mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran dalam kehidupan harian melibatkan mata wang, masa dan ukuran panjang.

No comments:

Post a Comment