BAHAN UJIAN DIAGNOSTIK LITERASI DAN NUMERASI

Makluman kepada Guru Literasi dan Numerasi SK, SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak:
Bahan-bahan tersebut diperolehi daripada JPN Johor. Sila muat turun dan buat penilaian sama ada sesuai atau tidak bahan tersebut digunakan untuk murid-murid LINUS  di sekolah masing-masing. Sekiranya boleh digunakan, jadikanlah bahan ini sebagai bahan tambahan untuk murid-murid. 
Bahan ujian diagnostik boleh didapati di sini

BAHAN TAKLIMAT SISPA 2011

Makluman kepada semua S/U Peperiksaan Dalaman SK,SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak:
Bahan-bahan berkaitan taklimat SisPA 2011 yang telah dijalankan pada 25 Jan dan 26 Jan 2011 boleh didapati di sini

BAHAN-BAHAN KURSUS ABAKUS DAN MENTAL ARITMETIK

Makluman kepada semua guru-guru Matematik Tahun 1 SK, SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak:
Semua bahan berkaitan kursus tersebut boleh didapati di sini

MODUL LITERASI TAHUN 2

Sila download Modul Literasi Tahun 2 di sini : 

  1. MODUL LITERASI GURU TAHUN 2 
  2. MODUL LITERASI MURID TAHUN 2 

PROSEDUR DAN BORANG CADANGAN PENEMPATAN MURID KE KELAS BEKEPERLUAN KHAS

Makluman kepada semua SK,SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak:
Bagi memudahkan pihak sekolah untuk mencadangkan kepada ibu bapa murid yang disyaki bekeperluan khas, dilampirkan prosedur, carta alir serta borang berkaitan untuk tindakan sekolah selanjutnya. Dokumen-dokumen tersebut boleh dimuat turun di sini

MODUL LINUS NUMERASI TAHUN 2

Sila download Modul Numerasi Tahun 2 di sini:

  1. MODUL GURU NUMERASI TAHUN 2
  2.  MODUL MURID NUMERASI TAHUN 2 (JILID 1)
  3. MODUL MURID NUMERASI TAHUN 2 (JILID 2) 
Guru-guru boleh memuat turun dan mencetak lembaran kerja untuk murid-murid LINUS Tahun 2 sebelum modul sebenar dibekalkan.

KURSUS ABAKUS DAN MENTAL ARITMETIK FASA 1 UNTUK GURU-GURU MATEMATIK TAHUN 1 2011

Makluman awal kepada semua guru Matematik Tahun 1 SK, SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak:
Kursus tersebut akan diadakan mengikut ketetapan berikut : 
  • Tarikh :  25 Januari 2011 (Selasa)
  • Masa : 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • Tempat : Dewan Seri Bestari, PPD Hulu Perak
Setiap sekolah diwajibkan menghantar seorang guru Matematik Tahun 1 untuk menghadiri kursus tersebut.
Abakus perlu dibawa oleh guru sendiri.
Surat dan jadual kursus boleh didapati di sini

SENARAI SEKOLAH YANG BELUM MENGHANTAR SURAT PENJELASAN KEGAGALAN MENCAPAI KPI 90%

Makluman kepada semua Guru Besar sekolah-sekolah berikut:
Sila ambil TINDAKAN SEGERA kerana tempoh 14 hari yang diberikan untuk pihak sekolah menghantar penjelasan kegagalan mencapai KPI 90% tersebut telah tamat. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pihak tuan/puan akan menerima satu lagi tunjuk sebab daripada PPD.

Berikut adalah sekolah-sekolah yang belum menjawab surat penjelasan tersebut:

  1. SK GELOK - Literasi dan Numerasi
  2. SK BANGGOL BELIMBING - Literasi dan Numerasi
  3. SK LUBOK KAWAH - Literasi dan Numerasi
  4. SK BENG - Numerasi
  5. SK TAN SRI GHAZALI JAWI - Numerasi
  6. SK KERUNAI - Literasi
  7. SK BASIA LAMA - Literasi dan Numerasi
  8. SK FELDA PAPULUT - Numerasi
  9. SK FELDA LAWIN SELATAN - Literasi dan Numerasi
  10. SK PAHIT - Literasi
  11. SK FELDA LEPANG NENERING - Literasi
  12. SK RPS POS KEMAR - Literasi dan Numerasi
  13. SK RPS DALA - Literasi dan Numerasi
  14. SK SG TIANG - Literasi dan Numerasi
  15. SJKC KUNG LI - Literasi dan Numerasi
  16. SJKC PADANG GRUS - Literasi dan Numerasi
  17. SJKC KOTA TAMPAN - Literasi
  18. SJKC KHAY BENG - Literasi dan Numerasi
  19. SJKT PENGKALAN HULU - Literasi

JADUAL SELIA BANTU FasiLINUS NUMERASI

Makluman kepada semua SK, SJKC dan SJKT Daerah Hulu Perak:
Jadual selia bantu FasiLINUS Numerasi boleh didapati di sini.
Sila muat turun dan failkan. Lawatan FasiLINUS adalah mengikut jadual tersebut dan sekiranya terdapat sebarang perubahan akan dimaklumkan kelak.

LAPORAN TAKLIMAT LINUS KEPADA IBU BAPA/PENJAGA MURID TAHUN 1 2011

Makluman kepada semua SK, SJKC dan SJKT di Daerah Hulu Perak:
Semua sekolah dipohon supaya mengadakan satu taklimat berkaitan LINUS kepada ibu bapa/ penjaga murid Tahun 1 2011. Pengisian taklimat adalah seperti berikut:
  1. Pelaksanaan LINUS
  2. Saringan - Mac, Jun dan September
  3. Pemulihan LINUS - LINUS biasa dan LINUS TEGAR
  4. Kehadiran murid ke sekolah
  5. Masalah pembelajaran
  6. Rujukan perubatan
Pihak sekolah boleh menjemput FasiLINUS untuk bersama dalam taklimat tersebut tetapi dipohon supaya memaklumkan melalui surat ke PPD seminggu lebih awal. 
Satu laporan berkaitan taklimat beserta gambar hendaklah dihantar kepada FasiLINUS masing-masing selewat-lewatnya Jumaat 21 Januari 2011.

PROGRAM DAN AKTIVITI LINUS 2011

Makluman kepada semua SK, SJKC dan SJKT di Daerah Hulu Perak:
Semua sekolah dipohon supaya menghantar TANPA GAGAL semua perancangan program dan aktiviti berkaitan LINUS yang telah dibuat kepada FasiLINUS masing-masing sebelum atau pada Jumaat 21 Januari 2011. Format perancangan program LINUS tersebut boleh didapati di sini.

PENYEDIAAN HEADCOUNT LINUS 2011

Makluman kepada semua SK,SJKC dan SJKT di Daerah Hulu Perak,
Sila muat turun borang headcount LINUS 2011 di sini.
Dipohon supaya pihak sekolah dapat mengambil tindakan yang sewajarnya TANPA GAGAL dalam penyediaan headcount ini. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah diemailkan ke alamat linusppdhup@gmail.com selewat-lewatnya Jumaat 21 Januari 2011.
Sebarang masalah sila hubungi FasiLINUS masing-masing.

FasiLINUS TURUN SEKOLAH MULAI 10 JANUARI 2011

Mulai 10 Januari 2011 nanti, semua sekolah di Daerah Hulu Perak akan dipantau oleh FasiLINUS yang menyelia sekolah masing-masing. Setiap kali lawatan pemantauan, pihak FasiLINUS akan mengemukakan instrumen yang berlainan megikut bulan pemantauan dijalankan. Oleh itu, diharapkan pihak sekolah dapat memberikan kerjasama yang sewajarnya semasa lawatan tersebut. Sebarang cadangan atau komen yang dibuat perlu diambil dari sudut yang positif demi kebaikan anak-anak didik di Hulu Perak ini. Tarikh pemantauan mengikut bulan dan sekolah yang bakal dilawati akan dimuat turun dalam sedikit masa lagi. Justeru itu, pihak sekolah dipohon supaya mengambil perhatian terhadap tarikh lawatan tersebut dan menyediakan dokumen yang perlu selengkap mungkin supaya tidak berlaku sebarang masalah sepanjang aktiviti pemantauan dijalankan.