UNTAIAN DOA

“Ya Allah, kami memohon kepadaMu kebaikan, kurniakan kami nikmat dan rahmat yang berpanjangan, tubuh badan yang sihat, akal fikiran yang sejahtera, semangat membara bagi mempertingkatkan kualiti kerja.Lindungi Kami dari segala keburukan, hasad dengki dan iri hati, ya Allah, lembutkan dan satukanlah jiwa-jiwa hambaMu ini, agar wujud kesepakatan antara kami, bagi menunaikan tugas yang diamanahkan, dengan lebih berkesan, meneruskan khidmat bakti kepada agama, bangsa dan negara."

E-TUISYEN LINUS

Loading...

DVD KANCIL

Loading...

Friday, December 16, 2011

PUISI MURID LINUS TEGAR ORANG ASLI


TOLONG AKU, GURU (Dedikasi buat Guru-guru LINUS SKMOA)

Kicauan unggas rimba memecah kesunyian  pagi
Saat itu mataku lantas terbuka
Kesejukan air mandian terasa sampai ke sum sum tulang
Perut kualaskan dengan sepotong ubi kayu dan beberapa teguk air suam
Langkah kaki kuhayunkan penuh bersemangat ke sekolah
Kepada guru aku tagihkan sebanyak mungkin ilmu daripadamu
Tolong aku untuk mengenal ABC dan 123,
Tolong aku untuk mengeja suku kata,
Tolong aku untuk mengira,
Tolong aku untuk menulis dan membaca.
Bukan emas dan wang berjuta ingin kupinta daripadamu wahai guruku
Hanya ilmu, ilmu dan ilmu ingin kutimba
Demi menjadi insan yang berguna.


Nukilan,
Tamazira
15 Dis 2011

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

KISAH-KISAH TELADAN

Loading...

PADA ZAMAN DAHULU

Loading...

UPIN DAN IPIN

Loading...

BOBOIBOY

Loading...