Thursday, December 30, 2010

AGIHAN PENYELIAAN SEKOLAH UNTUK FASILINUS NUMERASI

Berikut adalah sekolah-sekolah di bawah penyeliaan FasiLINUS Numerasi En. Mohamad Nazri b Ishak:
  1. SK KROH
  2. SK KUAK LUAR
  3. SK BEKUAI
  4. SK KLIAN INTAN
  5. SK AYER PANAS
  6. SK LUBOK KAWAH
  7. SK CHEPOR
  8. SK LUAT
  9. SK RABAN
  10. SK BENG
  11. SK SERI TAWAI
  12. SK GANDA TEMENGOR
  13. SK PLANG
  14. SK KG LALANG
  15. SK RKT BERSIA
  16. SK BASIA LAMA
  17. SK BONGOR
  18. SK RPS POS KEMAR
  19. SK SUNGAI TIANG
  20. SK MAHKOTA SARI
  21. SK BUKIT BALAI
  22. SJKC EOK KWAN
  23. SJKC KUNG LI
  24. SJKC KUALA RUI
  25. SJKC CHUNG WA
  26. SJKC KOTA TAMPAN
  27. SJKT GERIK
  28. SJKT LADANG KOTA LIMA

Berikut  adalah sekolah-sekolah di bawah penyeliaan FasiLINUS Numerasi Cik Noor Fazilah bt Abdul Aziz:
  1. SK KUAK HULU
  2. SK TASEK
  3. SK LENGGONG 
  4. SK GELOK
  5. SK SUMPITAN
  6. SK TEMELONG
  7. SK BANGGOL BELIMBING
  8. SK BUKIT SAPI
  9. SK SERI ADIKA RAJA
  10. SK TAN SRI GHAZALI JAWI
  11. SK KENERING
  12. SK KERUNAI
  13. SK KENAYAT
  14. SK FELDA PAPULUT
  15. SK FELDA LAWIN SELATAN
  16. SK FELDA LAWIN UTARA
  17. SK PAHIT
  18. SK FELDA LEPANG NENERING
  19. SK RPS BANUN
  20. SK RPS DALA
  21. SK BATU 4
  22. SJKC KG BAHARU BATU 2
  23. SJKC AYER KALA
  24. SJKC SELAT PAGAR
  25. SJKC PADANG GRUS
  26. SJKC YEONG HWA
  27. SJKC KHAY BENG
  28. SJKT PENGKALAN HULU




Saturday, December 25, 2010

PROSES MENGELUARKAN MURID LINUS TEGAR DARIPADA DATA

Berikut disenaraikan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum mengeluarkan murid LINUS tegar daripada data NKRA :

  1. Mengenal pasti murid tersebut menghadapi masalah pembelajaran menggunakan instrumen khas yang boleh didapati daripada guru pemulihan khas.
  2. Setelah dikenalpasti berdasarkan instrumen tersebut, pihak sekolah perlu berbincang dengan ibu bapa / penjaga murid tersebut secara terperinci masalah yang dihadapi oleh anak/jagaan mereka.
  3. Setelah mereka bersetuju dan dapat menerima hasil perbincangan tersebut, pihak sekolah boleh mengeluarkan surat untuk ibu bapa / penjaga tersebut merujuk masalah anak/jagaan mereka kepada pegawai perubatan.
  4. Pegawai perubatan akan menjalankan pemeriksaan berdasarkan laporan daripada pihak sekolah dan sekiranya pegawai tersebut mengesahakan murid terbabit menghadapi masalah kesihatan maka pengesahan akan dibuat dan beberapa dokumen akan dikeluarkan.
  5. Dengan dokumen sokongan inilah maka murid tersebut boleh dikeluarkan daripada data NKRA.
CATATAN : Sekiranya ibu bapa /penjaga tidak mahu bekerjasama dan bertegas bahawa anak mereka tidak mempunyai masalah kesihatan maka surat persetujuan bahawa anak/jagaan mereka perlu diajar dalam kelas murid normal bukan murid bekeperluan khas hendaklah dikeluarkan oleh pihak sekolah dan ditandatangani antara GB dan ibu bapa /penjaga murid terbabit.


 

Friday, December 24, 2010

SUDUT LINUS

Sudut LINUS merupakan satu elemen yang dapat membantu warga sekolah dan komuniti memahami pelaksanaan program LINUS di sekolah. Ia merupakan salah satu cara untuk membudayakan LINUS di kalangan guru dan murid. Beberapa taklimat telah disampaikan oleh pihak FasiLINUS kepada guru LINUS, guru pemulihan khas, PK1 dan Guru Besar pada November dan Disember yang lalu. Sehubungan dengan itu, semua Sk, SJKC dan SJKT di Daerah Hulu Perak diwajibkan untuk mengadakan satu sudut LINUS di sekolah masing-masing. Pemantauan dalam bulan Januari nanti akan menjurus kepada penyediaan tempat dan perancangan sudut LINUS di sekolah. 

Kriteria-kriteria yang perlu dirancang untuk sudut LINUS ialah :
  1. Tempat yang strategik
  2. Bahan-bahan yang bersesuaian
  3. Rekod pengunjung / buku pelawat disediakan
  4. Data-data terkini dipaparkan
  5. Analisis setiap daringan dipaparkan
  6. Ceria, bersih dan menarik
  7. Sumber informasi LINUS untuk kemudahan pemantauan dan rujukan
Sudut LINUS ini juga akan dipantau dari semasa ke semasa untuk memastikan bahan-bahan yang dipamerkan adalah yang terkini. Pemantau juga akan mengambil foto setiap sudut LINUS yang dikunjungi untuk tujuan rujukan dan penambahbaikan. 
Justeru, dipohon semua Guru Besar untuk mengambil tindakan yang sewajarnya untuk melaksanakan sudut LINUS ini di sekolah masing-masing.
Sebarang masalah yang timbul bolehlah dibincangkan dengan FasiLINUS yang menyelia sekolah tuan/puan.

Thursday, December 23, 2010

BBM Sifir - Persediaan Mengajar Darab dan Bahagi Tahun 2

Dimuatkan contoh BBM Lagu Sifir untuk perhatian semua guru Matematik Tahun 2. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi FasiLINUS Numerasi - Mohamad Nazri b Ishak.



video










Tuesday, December 21, 2010

Salah Faham Tentang Murid LINUS Tegar

Kebanyakan guru masih keliru tentang murid LINUS tegar. Untuk Numerasi murid yang hanya menguasai Konstruk 1 dan 2 atau pun gagal menguasai kedua-duanya atau menguasai mana-mana Konstruk 1 atau 2 dikategorikan sebagai MURID LINUS TEGAR. Jadi untuk keluar daripada LINUS TEGAR maka murid tersebut perlu menguasai sekurang-kurangnya Konstruk 1 hingga 3. Maka murid tersebut akan dikategorikan pula sebagai LINUS biasa. Diharap penjelasan ini dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada guru-guru semua.

Kepintaran - Bukan Faktor Genetik Tapi Boleh Dijana?

Umumnya kita mengetahui bahawa kepintaran kanak-kanak berkait rapat dengan keturunannya. Kadang-kadang ada benarnya. Tetapi hal itu bukanlah 100% benar. Mengikut kajian hanya lebih kurang 60% sahaja perkara tersebut berlaku. Jadi kepada guru-guru yang selalu beranggapan bahawa murid LINUS dipengaruhi oleh faktor keturunan keluarga, anda semua perlu mengubah persepsi sedemikian. Ini kerana terdapat bukti yang menguatkan justifikasi tersebut. Faktor keluarga bukanlah penyebab murid menghadapi masalah dalam pembelajaran. Justeru itu sebagai guru, kita wajar melihat kembali kaedah P&P yang selama ini kita jalankan. Pelbagaikanlah kaedah seiring dengan kemajuan ICT yang kita kecapi supaya anak-anak didik lebih teruja untuk hadir ke sekolah dan menerima ilmu yang ingin kita sampaikan.

Bahan untuk menjana kepintaran anak-anak, sila klik di sini.

Monday, December 20, 2010

PERSEDIAAN PELAKSANAAN LINUS 2011 - PEMILIHAN GURU

Panduan kepada semua GB SK/SJKCdan SJKT Daerah Hulu Perak dalam meletakkan guru Bahasa Melayu dan Matematik Tahun 1 dan 2 pada Tahun 2011.
  • Guru yang dilantik untuk mengajar BM dan Matematik Tahun 1 dan 2 mestilah guru opsyen.
  • Telah mengikuti kursus LINUS Tahun 1 atau Tahun 2.
  • Bukan GSTT
  • Berpengalaman dalam mengajar Tahap 1.
Semua kriteria tersebut digariskan berdasarkan isu-isu yang timbul pada pelaksanaan 2010. Oleh itu, pihak sekolah sebagai ownership  bagi program LINUS ini perlu meletakkan guru yang sesuai bagi memastikan program tersebut berjaya mencapai KPI yang diharapkan.

Friday, December 17, 2010

MAKLUMAN AWAL PEMANTAUAN LINUS BIL.1/2011

Makluman awal kepada semua sekolah di Daerah Hulu Perak :

Pemantauan Program LINUS Bil.1/2011 akan bermula pada 3 Januari 2011. Fokus utama pemantauan adalah dari aspek :
  1. Guru BM atau Matematik Tahun 1 dan 2 - mempunyai opsyen atau tidak dalam subjek yang diajar
  2. Jadual waktu P&P sudah disediakan atau belum (P&P perlu bermula selewat-lewatnya waktu ke-2 pada 3 Januari 2011)
  3. Guru pemulihan mengajar murid linus tegar tahun 2.
  4. Perancangan program/aktiviti LINUS 2011 dibincangkan dalam mesyuarat kurikulum pertama dan diminitkan.
  5. Penyediaan TOV dan Headcount untuk murid LINUS Tahun 2
  6. Kursus dalaman LINUS Tahun 2 telah dilaksanakan dan direkodkan.
Pihak sekolah diminta mengemukakan segala dokumen berkaitan semasa pemantauan dijalankan.
Aktiviti pemantauan akan dilakukan oleh FasiLINUS dan semua pegawai PPD termasuk Timbalan PPD Hulu Perak.

Sekian dimaklumkan.

Thursday, December 16, 2010

KURSUS DALAMAN LINUS TAHUN 2 : PELAKSANAAN 2011


Sesi  persekolahan 2011 akan bermula pada 3 Januari 2011. Setakat ini hanya 9 buah sekolah sahaja yang telah melaksanakan kursus dalaman tersebut berdasarkan laporan yang telah diterima sepanjang bulan Disember yang lalu. Guru-guru yang telah menghadiri kursus LINUS di Taiping tempoh hari telah diingatkan supaya menjalankan kursus dalaman di sekolah masing-masing sebelum bermulanya sesi persekolahan 2011. Ini kerana terdapat segelintir guru yang menghadiri kursus tersebut bertukar sekolah, bersalin, cuti belajar dan sebagainya. Sekiranya guru yang terlibat tidak menjalankan kursus dalaman maka akan timbullah masalah guru yang mengajar LINUS tahun 2011 untuk Tahun 2 khususnya tidak diberi kursus. Itulah alasan yang bakal dilontarkan oleh pihak pentadbir sekiranya KPI tidak tercapai pada penghujung tahun. Dalam hal ini siapakah yang harus dipersalahkan? Renung-renungkanlah bersama.

KEPAKARAN GURU PEMULIHAN MAMPU PULIHKAN MURID LINUS TEGAR

100% guru LINUS Tahun 2 2011 di Daerah Hulu Perak telah mengikuti Kursus LINUS Tahun 2. Tahniah kepada yang telah terlibat dan kepada yang akan mengikuti kursus tersebut, bersedialah dengan ilmu yang secukupnya. Dalam usaha memberikan pendedahan kepada guru LINUS Tahun 2 tentang Modul Guru dan Murid LINUS Tahun 2, sama ada sedar atau tidak, ada satu kumpulan yang amat penting dalam menentukan berjaya atau gagal LINUS Tahun 3, 2012 iaitu guru-guru pemulihan khas yang merupakan pelaksana utama memulihkan LINUS Tegar terpinggir dari kursus tersebut.
Kita jangan melihat perkara ini dari sudut  negatif dan menyalahkan orang itu dan orang ini. Jalan mudah dan murah yang boleh kita ambil ialah semua guru LINUS Tahun 1 dan 2 yang telah tamat kursus LINUS mestilah memberikan kursus dalaman dalam masa terdekat ini dan pastikan kecairan maklumat diminimakan. 
FasiLINUS mestilah dimaklumkan tentang tarikh kursus dalaman di sekolah masing-masing bagi memberi ruang kepada FasiLINUS memberikan bimbingan yang diperlukan. Guru Pemulihan Khas mesti didedahkan dengan penggunaan Modul Guru dan Murid Tahun 1 dan 2. Ini merupakan modul utama dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran LINUS dan LINUS Tegar. Bersama-samalah kita memikirkan dan melaksanakan sesuatu yang terbaik untuk kebaikan anak-anak didik kita.

TAHNIAH! SEKOLAH-SEKOLAH YANG TELAH MENCAPAI KPI 2010


Kerjasama yang erat antara pentadbir dan guru-guru membuahkan hasil  yang lumayan, baik dan mengharumkan nama sekolah. Teruskan usaha guru-guru sekalian untuk terus menabur ilmu dan jasa yang murni kepada anak-anak didik. Semoga anda semua terus berjaya melonjakkan peratus penguasaan murid dalam literasi dan numerasi.
NAMA SEKOLAH
ENROLMEN MURID
LITERASI (%)
NUMERASI (%)
SK KUAK HULU
36
94.44
94.44
SK KUAK LUAR
51
96.23
96.23
SK LENGGONG
37
97.30
97.30
SK TEMELONG
10
90.00
90.00
SK LUAT
9
100.00
100.00
SK RABAN
40
90.00
90.00
SK RKT BERSIA
51
94.12
90.20
SK GANDA TEMENGOR
19
94.74
94.74
SJK(C) KG BAHARU BATU 2
18
100.00
100.00
SJK(C) AYER KALA
9
100.00
100.00
SJK(C) SELAT PAGAR
2
100.00
100.00
SJK(T) LADANG KOTA LIMA
1
100.00
100.00

TAHUN BARU, KPI BARU


Tahun 2010 telah pun melabuhkan tirainya. Kini menjelmalah tahun 2011 yang bakal menyingkap sejarah baru dan episod LINUS yang baru. Lantaran itu kita tinggalkan segala kepahitan data LINUS 2010 yang kurang enak dibicarakan. Pada peringkat PPD Hulu Perak, segala yang tersurat dan tersirat di sebalik data-data tersebut telah dicakna untuk dijadikan panduan dan teladan pada tahun 2011 ini. Justeru pihak sekolah khususnya pentadbir wajar mengkaji semula pelaksanaan LINUS di sekolah masing-masing. Pelbagai perkara perlu dilihat semula dalam konteks pelaksanaan program LINUS ini. Penempatan guru yang sepatutnya untuk BM dan Matematik Tahun 1 dan 2, kolaborasi antara guru subjek dan guru pemulihan khas serta program yang disusun untuk menangani masalah LINUS TEGAR di sekolah adalah perkara-perkara yang perlu dibincangkan dalam mesyuarat sebelum sesi persekolahan bermula. Semoga dengan apa direncanakan, maka KPI untuk Tahun 2 iaitu 95% dan Tahun 1 sebanyak 90% akan tercapai pada akhir tahun 2011 nanti.

TAKLIMAT LINUS-NKRA : PENENTUAN KPI 2011


Taklimat tersebut telah diadakan pada petang Khamis , 2 Disember 2010 yang lalu bertempat di Dewan Seminar Bangunan Baru PPD Hulu Perak. Taklimat ini disampaikan oleh Pegawai Pelajaran Daerah Hulu Perak, Tuan Haji Mohd Rosli b Hj Abdul Rahman. Sebanyak 44 buah sekolah dijemput untuk menghadiri taklimat ini dengan jemputan ditujukan kepada Guru Besar , guru Bahasa Melayu Tahun 1 2010 dan guru Matematik Tahun 1 2010. Tujuan taklimat ini adalah untuk menyampaikan ‘post mortem’ data LINUS  Saringan 3 kepada sekolah-sekolah yang tidak mencapai KPI iaitu 90% untuk literasi atau numerasi. Segala isu yang berkaitan telah dibentangkan dan pihak sekolah diminta memberikan penjelasan mengapa KPI tersebut tidak tercapai. Malangnya terdapat 10 orang Guru Besar yang tidak hadir dalam taklimat tersebut. Hal ini sepatutnya tidak berlaku kerana sebagai ketua organisasi, Guru Besar perlu hadir untuk mendengar dan mencakna setiap amanat Tuan PPD yang berkaitan dengan dasar kerajaan. Justeru itu, taklimat ini diharap dapat membantu sekolah-sekolah terbabit untuk merangka strategi yang lebih berkesan untuk program LINUS pada tahun 2011.



Ucapan Aluan oleh Encik Rosli b Hashim

Antara GB dan pegawai PPD yang hadir

Guru-guru BM dan Matematik Tahun 1 2010

Bersemangat menyampaikan agenda negara

Guru lelaki pun setanding dengan guru perempuan mengajar Tahun 1

Demi Satu Malaysia

Perjuangan tetap diteruskan untuk anak-anak didik tercinta

Giliran Tuan PPD menyampaikan amanat dan gagasan beliau

Khusyuk mendengar taklimat


Tertarik dengan intipati taklimat